Assalammualaikum semua...
xjawab faham2. kalau jawab SayaNg..:)
xjawab faham2. kalau jawab SayaNg..:)
=====================================
<....(^.^)/.....>
Kealpaan mengundang nestapa,
sehingga aku menjadi pemungkir
Kesepian kian mencengkam keresahan.
Kita tidak boleh terlalu 'gembeng' atau 'menjeng'( bahasa org sy yg bermaksud lembik,manja atau keletah mengada-ngada). dalam membina hidup, kadang-kadang kebahagian tidak datang sepanjang masa,adakalanya is berselang-seli dengan sengsara.Macam juga hari,tidak semestinya redup dan selesa sentiasa,tiba-tiba hujan ribut boleh melanda.
Syurga hati bergantung pada bagaimanankita 'set' hati kita itu tadi.Andainya kita telah 'set' lemah,ia akan jadi begitu lemah.Sedikit sahaja masalah yang dihadapi,akan terus hilang kekuatan diri.Sepatutnya,jadilah orang yang kental! Orang yang bersemangat selalunya sentiasa bahagia.
Mula-mula sekali saya akan bercakap tentang sahabat. Ramai orang tersilap penilaian antara kawan dan sahabat. Meskipun dari segi istilah,maknanya tiada banyak berbeza tetapi realitinya memang tidak sama. Sahabat adalah mereka yang jujur menganggap kita sebagai sahabat. Andainya hanya kita yang menganggap seseorang itu sahabat sedangkan dia hanya meletakkan diri kita sebagai kawan, kita bakal menempuh pelbagai insiden yang tidak terduga.maklumlah kita akan berkorban habis-habisan sebab kita menganggapnya sahabat,sedangkan dia tidak akan berbuat begitu sebab baginya kita hanya kawan.
Dalam hal ini, kita turut bersalah kerana gagal menilai siapa dia sebenarnya.Lebih dasyat jika seseorang itu tidak menganggap kita sebagai sahabat sedangkan baginya kita adalah musuh.
mesti letih kan nk pikir pasal kawan dan sahabat ni..memang susah nk faham pun..huhu
Wsalam...zazzssss..(''.)