Assalammualaikum semua..
xjawab paham2..kalau jawab saYaNg..hehe;p
===============================
<....!(^.<)/....>
Entah kenapa hari ini,bangun je awal subuh saya terasa rindu akan seseorang.
rindu yang menyebabkan air mata saya mangalir.Saya rindu pada Bonda dan Ayahanda...:(
Mesti u all di luar sana pun pernah merasa perasaan yang sama macam ni. bertuahlah pada sesiapa yang tinggal bersama dengan keluarga tercinta...
macam saya ni, terpaksa berjauhan demi menjalankan tugas. Walaupun agar sukar untuk mengawal waktu dan kos tambang pergi dan balik kg..Tp, saya akan tetap berusaha juga untuk pulang ke kampung dimasa kelapangan saya.Percaya atau tidak,If diberi kesempatan 1 hari jek saya sanggup untuk pulang ke kampung berjumpa ayahanda dan bondaku. Saya akan naik bas seawal pagi jam 0730 pagi dan pulang semula ke Kuala lumpur pada bas yang terakhir jam 0830 malam.
Begitulah rutin saya apabila mendapat kelepasan mingguan seminggu sekali...
Tp, kadang-kadang saya tak berkesempatan untuk pulang juga atas sebab-sebab kerja dan masa atau mungkin ada perkara-perkarang yang tidak dapat dielakkan. kalau nak ikotkan Bonda dan Ayanhanda saya..mereka marah juga apabila saya kerap pulang ke rumah mungkin mereka bimbangkan keselamatan saya dan tidak mahu saya kepenatan. Tp, bagi saya..Apelah sangat penat yang saya rasa ini hanya sementara sedangkan saya mendapat kepuasan daripada berjumpa dengan mereka.
*************************************************************
Sebenarnya kalau saya pulang ke kampung pun tak delah buat papepun, sampai je di rumah kampung perkara pertama saya akan buat semestinya mencari bonda saya..:) kemudian dituruti ayahanda saya dan kemudian nenda saya. pada masa itulah abang2 saya sudah mula menyakat saya. Yelahh..walaupun saya dah besar dan sudah berkerja tetapi status saya dalam rumah itu tetap anak bongsu,tidak dinafikan saya nie manjalah dengan keluarga saya sampaikan tidur malam pun masih dengan bonda saya tau..< jgn jeles....;p>
oklah..tak mao sedih2....minggu dpn nak balik..waaaa..
-------------------------------------------------------------------------
p/s penaja: kepada anda yg masih tinggal bersama dengan mak dan abah tu, bantu2 lah mereka buat sebarang kerja. urut2kanlah badan mereka setelah penat mereka berkerja seharian mencari rezeki...jgn pulak korang merasa hairan dengan perkataan "urut2" ni atau rasa malu...knp nak malu? sebab korang bukn mcm tu ke?korang igt dulu2 time kecik..korang boleh ke basuh sisa2 najis korang..Hahh..nak bagtau...mak atau abah korang yang buat semua tu taw! pada siapa yg dah tade mak dan abah mesti ada seseorg yg uruskan korang. so...ringan2kanlah tangan korang tu nak membantu mak dan abah korang yer yg penting ikhlas sementara mereka masih ada di sisi korang ni...kalau sudah tiada jgn nak mencari pulak.Gud luck semua..:)
wsalam....
zazzssssss...(",)
No comments:
Post a Comment