~~~>Adakah anda tidak mengetahui bahawa diantara manusia ada orang yang kehilangan akalnya,kesihatannya,terpenjara,lumpuh atai ditimpa pelbagai bencana..(''.)
~~~> Maafkanlah orang yang telah menzalimimu,sambunglah tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturahimnya denganmu,berilah orang yang tidak pernah memberimu,dan bersikap lembutlah kepada orang yang berbuat buruk kepadamu,nescaya anda akan beroleh kebahagiaan dan kedamaian...:)
~~~> jauhilah berburuk sangka,buanglah kesedihan dan khayalan yang buruk serta pemikiran-pemikiran yang negatif.
~~~> Hendaklah anda sering berjalan dan bersenam,serta jauhilah rasa malas dan keengganan, dan jauhilah kekosongan dan kesia-siaan.
~~~> Janganlah hidup dalam dunia angan-angan, tetapi hadapilah realiti kehidupan anda,kerana jika demikian beerti anda meminta kepada orang lain apa yang tidak dapat anda lakukan,Maka hendaklah bersikap adil..
~~~> Lihatlah orang yang berada di bawah anda dalam masalah fizikal,bentuk tubuh,wajah, harta, rumah , pekerjaan, dan keturunan sehingga anda akan mengetahui bahawa anda berada di atas ribuan manusia.
~~~> Allah s.w.t. berfirman, Allah tempat meminta....(surah Al-Ikhlas:2) Dialah tempat meminta seluruh alam, bermohon seluruh makhluk,sebagaimana kepada-Nya berdoa seluruh makhluk
No comments:
Post a Comment