~kosong~

SelaMAT TinGGal KENANGAN~~~


Terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan binasa diri'.Tentunya ramai yang pernah dengar pepatah ini dan sudah pasti juga ada diantara kamu yang pernah dihantui dengan "penyesalan". Ia lazimnya disebabkan oleh peristiwa lalu yang kamu lakukan dan tidak dapat diubah lagi. Penyesalan muncul dalam kadar dan tahap yang berbeza-beza. Contohnya kamu menyesal kerana tidak berupaya untuk menjadi yang erbaik untuk kekasih kamu, sedangkan kamu dapat lihat pasangan kawan-kawan kamu bahagia dan berjaya dalam menempuh percintaan mereka. Biarpun kejadian itu telah berlalu sekian lama, tetapi sehingga sekarang ianya tetap dalam ingatan walaupun sekarang mungkin kamu berbahagia dengan teman baru atau kawan-kawan yang selalu ada di samping kamu.  Tidak kurang juga ada yang terus dihantui rasa menyesal ini seumur hidupnya jika tidak melakukan sesuatu sebagai langkah untuk mengatasi perasaan tersebut. Di bawah ini ada beberapa 'tip'..lihat pada keadaan lah k..bagi saya..ok kot jika kamu yang sering kali dalam penyesalan mencuba...

meskipun! ceh..ayat skema lah plak..hehe, jika terasa ianya terasa sesuatu yang membebankan, tetapi penyesalan sebenarnya kadang kala boleh membantu kamu memperbaharui hidup. semuanya bergantung dari sudut mana kamu memandang penyesalan itu. kadangkala,penyesalan merupakan harga yang harus kamu bayar untuk mendapatkan sesuatu yang ternilai dalam hidupmu. Bahkan ianya juga dapat mendorong kamu menuju langkah yang selanjutnya...

~~ Nikmatilah apa yang kamu MILIKI.
pentingnya melihat lebih jauh disebalik kekecewaan dan penyesalan dengan lebih mendalam lagi."Jika kamu berasa sangat kehilangan sesuatu kamu harus bersiap sedia menerima kenyataan sepahit apa pun". Misalnya apabila kamu gagal mencapai apa yang diimpikan.
kamu tentu akan berasa sedih dan kecewa apabila tidak dapat memiliki apa yang dihajatkan,tetapi jangan diabaikan apa yang telah kamu miliki saat ini. Kamu memang patut berusaha untuk memaksa diri dan menerima diri seadanya walaupun dalam hati tetap ada rasa ketidakpuasan. kamu tidak harus memikirkan bagaimana  caranya untuk mengusir perasaan itu. yang penting bagaimana caranya untuk menjalani hidup'. Ujarnya, namun apa yang penting kamu harus bersiap sedia dengan berjuta-juta maaf untuk diri sendiri. Semua orang pasti pernah berbuat salah dalam hidup ini dan wajar sahaja kalau kamu menyesalinya. Tetapi jangan terus terpaku dengan penyesalan itu. Hidup harus terus bergerak maju"!!!

~~Kesannya


Perlu diingat, tiada kejayaan tanpa  kegagalan. Terlalu memikirkan kegagalan akan mengundang banyak kesan buruk dalam hidupmu. Antaranya:-

  • Kamu menjadi seorang yang penakut dan tidak berani untuk mengambil risiko.Biarpun apa yang kamu telah lakukan hari ini adalah berbeza dengan apa yang dilakukan pada masa lalu namun kamu tetap tidak berani untuk mencuba kerana bimbang akan mengulangi kesilapan yang sama.
  • Kamu hidup seolah-olah dibayangi sesuatu membuatkan kamu terpaksa korbankan semua keceriaan dalam hidupmu. Sentiasa dirundung dengan kisah yang lalu membuatkan kamu gagal untuk menjalani kehidupan masa kini dengan lebih sempurna.
  • Tidak ada keyakinan diri dan lebih suka menyendiri.
  • Bagi kamu orang sepertimu tidak layak lagi mencapai kejayaan kerana kejayaan yang patut kamu peroleh telah pun kamu sia-siakan.
  • Tekanan juga akan membuatkan penampilan diri kamu berubah, Dari seorang yang amat mementingkan penampilan diri bertukar menjadi seorang yang lebih suka mengambil sikap tidak kisah.

~~Ayuh!!! mulakan hidup baru!! SEKARANG!
Apa lagi yang kamu kesalkan???Kemungkinan kamu akan bertemu sesuatu dalam dirimu melalui renungan ini:-
  1. Kenali punca---
  2. Cari hikmahnya---
  3. Panduan---
  4. Perbaiki diri---
Jika kamu menceritakan masalah kamu kepada teman-temanmu, pasti mereka juga ada mengalami penyesalan yang sama cuma berbeza dengan situasi dan peristiwa sesalan itu. 
omlah kita sama2 " JADI COOL + POSITIF" :)...

Akhirnnya kamu akan berjaya~~InsyaAllah...

Saya "Amni Ain"..menyeru kepada semua kawan-kawan saya agar jangan berputus asa dengan setiap penyesalan yang dilalui. Semoga "Jadi 'Cool + Positif'.." ini mampu mengubah diri anda agar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Ayuh, ubah diri anda sebelum orang lain mengubahnya..hehe~~ :p



No comments: