· Pertama sekali saya ingin memohon Berjuta kemaafan andai selama kita berkawan saya ade buat salah atau menguriskan perasaan awk sama ada disedari atau yang tidak disedari.
· Selama saya bersahabat dengan awk, Saya memanjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk saya mengenali awk dengan lebih rapat lagi. Alhamdulillah, kehadiran saya sebagai seorang sahabat diterima baik oleh awk. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya dan sanggup melayan kerenah saya yang seperti keanak-anakkan lagi nie. Saya juga mengucapkan banyak2 terima kasih kerana awk sudi mendengar masalah saya, sudi berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya, sudi membawa saya berjalan-jalan dan sudi menemani saya dikala saya kesedihan. Saya tak akan lupakan kenanggan itu sampai bila-bila..InsyaAllah.
· Sepanjang saya berkawan dengan awk,awk banyak mengajar saya untuk menjadi manusia yang sempurna dan berani untuk menempuh segala rintangan dan paling penting awk ada ajar saya supaya lebihkan berdiam daripada bercerita. Macam mana awk kenal saya, macam tulah perangai saya.
· Apa yang telah terjadi membuatkan saya sedar,yang saya kini telah berpijak di bumi yang nyata. Saya memang tidak memerlukan sahabat atau teman baik. Saya juga tak layak untuk meluahkan perasaan saya kepada sesiapa. Baik perasaan gembira,sedih,kecewa, bahagia,sayang @ pape perasaan sekalipun.Saya memang telah ditetapkan untuk hidup bersendirian dan membawa diri saya sendiri.
· Dari “puteh” saya dapat pelajari sesuatu. Apa yang datang pada kita, kita harus bersyukur dan menerima seadanya, dan apa yang jauh dari kita, kita berdoalah untuknya. Kita manusia biase, kita tak mampu untuk mengubah keadaan tapi kita mampu untuk berusaha mengawal keadaan. Setiap malam “puteh” tidur atas lengan saya,setiap malam itu juga saya melihat di mata “puteh” seperti memberitahu… Andai kau terjaga dari mimpi,kau carilah aku untuk menidurkan kau semula, Andai hari esok,aku tiada lagi,kau pandanglah lengan ini yang menjadi tempat tidurku di kala mataku tertutup,Andai bila kau sudah terjaga aku sudah tiada di sisimu,janganlah kau fikir aku tidak menyukaimu atau sanggp kehilanganmu.Tidak bermakna aku pergi meninggalkanmu kerna aku sudah membenci.Tp,sebenarnya aku pergi hanya kerna untuk kebahagiaan kau.Kehadiran aku hanya untuk menyerikan hidup kau.Setelah kegembiraan itu wujud dalam diri kau,tibalah saat untuk aku meninggalkan kau dan pergi mencari teman yang sunyi agar aku dapat menyerikan hidupnya seperti aku menyerikan hidup kau. Apa yang telah kau miliki,ianya hanya sementara.Hargailah sepenuhnya.
· @ Amni ain (Amni Ain Zafirah)
No comments:
Post a Comment