~kosong~

saya harap ANDA tidak SAMBIL LEWA~~~

"Perancangan yang tidak matang akan menjadi beban fikiran yang berpanjangan.."


Hal ini adalah kerana kegagalan untuk memperkirakan batas kemampuan dan tidak mengerahkan fikiran dan pandangannya berjalan selari dan serentak. Pengetahuan itu sangat beragam dan banyak cabangnya, kerana itu dituntut untuk menentukan mana yang ditekuni,kemudian menitikberatkan pada satu bidang yang khusus,kerana bagaimanapun,pengkhususan itu perlu.

begitu jugalah hal nya dengan hutang,beban kewangan dan sara hidup. Semua itu akan menambah beban fikiran sahaja.Berikut adalah diperturunkan beberapa prinsip yang berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah seperti ini...




"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan."
(surah Al- Isra':27)

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil),itu"
(surah Al-Furqan:67)



kadang-kadang anda selalu membeli barang yang tidak sepatutnya anda beli.... Renungkanlah...Sampai tak cukup tangan nak membawanya. Anda membeli atau anda bershopping???

Pertama: orang yang jimat tidak akan meminta bantuan orang lain. Orang yang membelanjakan wangnya dengan baik,manfaatkan wangnya untuk hal-hal yang perlu sahaja, tidak boros dan tidak berfoya-foya,akan mendapat bantuan dari Allah.

Kedua: Mencari harta melalui jalan yang dibenarkan dan menghindari yang haram.Allah maha Baik dan hanya menyukai yang baik-baik sahaja. Allah tidak akan memberkati harta yang diperoleh dengan cara yang tidak betul~~~
"meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu," (surah Al-Maidah:100)

Ketiga: Mencari harta yang halal,mengumpulnya dengan cara yang betul, mengisi waktu lapang dan tidak membuang-buang waktu untuk hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat.Abdur Rahman bin Auf,ketika ditawarkan separuh dari kekayaan seorang Ansar sebagai tanda ikatan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar yang sudah ditanamkan oleh Baginda Rasul,~~~

No comments: