~kosong~

TERIMA KASIH...


Saya mula cuba untuk memahami awak dan belajar untuk menerima awak seadanya..Saya minta maaf sebab saya tak pernah mencuba untuk memahami awak dari dahulu lagi, sedangkan hubungan antara saya dan awak sudah cukup terlalu lama. Maafkan saya,Berilah saya peluang untuk memahami awak sesungguhnya saya amat memerlukan awak. Kini baru saya sedar, walaupun pelbagai rintangan dalam hubungan kita, saya tidak boleh lari dari awak dan saya akui, hati saya tetap untuk awak. kadang-kadang saya terlalu emosi, terlalu mengikut perasaan dan terlalu memaksa awak untuk memahami saya. Tetapi saya tidak pernah sesekali memahami awak. Saya hanya bercakap tentang awak, saya hanya memikirkan tentang awak, saya hanya menyebut nama awak, hakikatnya saya masih belum mengenali awak.Tolong berikan saya peluang ye, saya mahu menghargai awak sepenuhnya. saya minta maaf sebab selalu menyusahkan awak. Saya mahu awak tahu yang saya sangat memerlukan awak dalam hidup saya. Saya perlukan awak menjadi sebahagian dari hidup saya, saya mahukan awak menjadi tulang belakang saya....Terima kasih awak kerana sanggup melayan kerenah saya, Terima kasih awak sebab sanggup temankan saya walaupun awak sibuk dengan tugasan awak, Terima kasih awak sebab awak masih bersama dengan saya, Terima kasih awak, walaupun awak ada menyukai wanita lain, tapi awak tetap memilih saya menjadi teman hidup awak, Terima kasih awak sebab awak menyedarkan diri saya, walaupun hati saya ini keras untuk menerima awak dan sering membantah cakap awak. terima kasih Ya Allah,ciptakan 'dia' menjadi sahabat saya, Teman saya dan kini kekasih saya, Terima Kasih Ya Allah. saya berharap agar hubungan yang dibina ini kekal sampai bila-bila dan jika 'dia' yang tertulis di Luh Mahfuz untuk saya.. saya bersyukur ya Allah...Andainya org lain yang tertulis untuk saya, mohon dibukakan hati saya untuk mencintainya seperti saya menyintai 'dia' kerana 'dia' cinta pertama saya kepadamu Ya Rabb tanganku menadah dan sujudku di hadapanmu.. Amin.

No comments: