~kosong~

Bersabarlah sebelum sabar itu menjadi sia-sia



Bersabarlah anda atas musibah, kerana kesabaran itu mampu memberikan manfaat. Bersabarlah anda selagi anda masih mampu bersabar. Kerana di akhirat kelak,anda sama sekali tidak akan mampu bersabar sekiranya anda jatuh ke dalam seksaNya. Sekiranya anda masuk ke dalam azab Allah di akhirat kelak, maka bersabar pada saat itu sama sekali tidak ada gunanya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran
"masuklah kamu ke dalamnya (neraka) maka baik kamu bersabar atau tidak,sama saja bagimu,kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan," [at-Thuur : 16]

Oleh kerana itu , bersabarlah anda di dunia ini kerana sabar itu memberikan manfaat bagi anda.

No comments: