~kosong~

"Do not pray easy lives, Pray to be stronger"

Maka, bukanlah masalah yg menjadi persolannya, melainkan sikap kita dlm menghadapinya.Oleh itu kita tidak perlu lari atau menghindari dari masalah hidup.Jgn sesekali mengharapkan kehidupan yg tidak ada masalah kerana hal itu pastinya tidak akn terjadi dan keinginan itu juga melemahkan kita. "Do not pray easy lives,Pray to be stronger." Tetapi, adakalanya masalah hidup begitu besar dan menjadi beban yg terlalu berat utk ditanggung. Masalah yg datang kdg2 akan memberi pukulan yg hebat ke atas diri kita dan kdg2 membuatkan diri kita rasa semakin goyah.Adakah alasan utk kita tidak jatuh?Bolehkah kita tetap bertahan?Siapa yg mesti dipersalahkan kerana datangnya masalah sedemikian?sedangkan kita tak pernah menjemputnya utk hadir dlm kehidupan kita.

Anda tidak pernah tahu dan kita semua tidak pernah tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan.Kita tidak tahu apakah dugaan hidup yg akn melanda sama ada besar atau kecil atau adakah dugaan itu berupa kesusahan mahupun kesenangan.Tetapi kita harus mempersiapkan diri menghadapi segala kemungkinan yg bakal tiba dan memahami keadaan kehidupan diri kita dengan sebaiknya.
wasalam.

Samudera air mata

Allahu Akbar,Allah Maha Besar.Segala puji dan puja hanya bagi Allah Ta'ala semata,Yang Maha Pencipta dan Pemelihara seluruh makhluk ciptaan-Nya.Selawat serta salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. beserta keluarga dan para sahabatnya yang mulia. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda : "Mata yang menangis kerana Allah, tidak akan disentuh oleh api neraka.


                  =======<.>.<.>.<.>.<.>.<.>========
Diantara mereka ada yang menyembunyikan cintanya,
meredam keluh-kesah lidahnya
Namun ada yang berterus terang berkata,
"Biarkanlah semua orang mencela."
Bukankah hatiku yang menjadi tempat ujian?
Bagaimana akan tersembunyi isinya, sedang hati itu telah terkoyak?!
Mana para pencinta dan yang mencintai mereka?
Di mana yang berkumpul dan berpisah kerana cinta itu?
Mata-mata yang tak berhenti menangis
Sungguh menakjubkan mata yang tertumpah dan menangis di kala gundah.
Mereka mengharamkan tidur,
dan pencinta itu tidak dapat tidur,meski di saat tenang.
Di pintu mereka menangis,
Dan tangisan itu berguna andai keminafikan tidak menodainya
Mereka tertolong oleh air matanya,
dan apabila air mata pencinta itu menolong, sungguh kan berguna.

===============<.>.<.>.<.>.<.>.<.>.<.>.<.>==============

Katakan dengan lidah merendah,penuh penyesalan dan kesedihan

Berapa banyak orang yang menyesal, namun tak kunjung berhenti.Tiada tekad menyertai kelemahan dan kemalasan ini,Berapa kali perkataan indah menyelimuti,Namun tiada erti jika amal tak menyertai.

Aku tetap terbalut sabar,meski yang kucintai menjauh dariku.Bila dia terhalang denganku,aku akan tetap mendekat.mana mungkin aku akan meninggalkannya, sedang jantung ini telah tertawan.

Lirik lagu : Tuhan berikan Aku Cinta




Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Syurga Suami Isteri Di Hati

Penuhi sunyi dan rasa asing,
tanpa perlu berasa sayu,
daripada nikmat pancaran ILAHI.

Memang aneh dan pelik andai kes pemberian nafkah terhadap ibu bapa sampai dibawa ke mahkamah.Biasa yang kita dengar ialah tuntutan antara suami isteri. Itu sudah menjadi kebiasaan dan saya sendiri pernah berhadapan dengan kes seperti ini dan terlalu banyak laporan polis yang saya terima berhubung kejadian ini .Apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, kes itu akan dibawa ke mahkamah.Suami dihukum,nasib isteri dan anak-anak terbela.Tetapi kalau ibu bapa memfailkan kes ke mahkamah atas dakwaan anak-anak mengabaikan nafkah mereka,bukankah itu pelik?
Meskipun ia pelik, tetapi ianya benar!
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memerintahkan seorang wanita bersama suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.hakim memerintahkan kedua-duanya memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan si bapa,berusia 74 tahun dan isterinya, berusia 66 tahun, iaitu hak tinggal di rumah mereka sendiri sepanjang hayat, diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran,Diberi kebebasan dilawati anak lain bila-bila masa sepanjang hayat, menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

Pada April,2007,pasangan warga emas ini memfailkan enam (6) tuntutan termasuklah nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantu mereka kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu. (BH 5 Nov 09)

Apakah pelajaran dan pengajaran yang boleh kita fahami? Seandainya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada ibu bapa, sebenarnya pertentangan mereka tidak akan menang kerana Allah sentiasa berpihak  kepada ibu bapa, biar apapun situasinya. Andainya menang di dunia, namun ia tetap dianggap kalah di akhirat. Menang di dunia tetap dianggap kalah sebab seolah-olah tidak mempunyai hati,kalaupun ada, syurga tidak membentuk di situ.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
"Rehda ALLAH bergantung pada rehda dua ibu bapa dan murka ALLAH bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." -al-Hakim.

Ingatlah wahai anak-anak sekalian...;
:  tanggungjawab anak terhadap ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka msih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

--->sy harap apa yang sy post kali ini, sebahagiannya dari sumber karya Dr.Hm Tuah Iskandar al.haj ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada semua yang bergelar anak di luar sana agar tidak menjadi seorang anak yang sesal seumur hidup. 

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba.


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

kisah sy dan seorang pakcik!

Assalamualaikum! tadi sy hantar mak n abah g TBS..mak n abah dah balik kg..huhu!sedih nyer rasa hati...pe lagi adegan peluk cium bermulalah...nie lah org kata..anak last memang manja! huhu. lepas jek hantar mak n abah naik bas..sy pun teruslah keluar.otw tu ingat nak turun guna lif..tp, ramai plak org tue,malas nk menunggu..naik tangga jelah. tengah sedap2 turun anak tangga sambil tersedu sedan..terserempak dengan sorang pakcik tua nie sambil bawak beg balik kg...sy pun tegurlah pakcik tu..

kisahbenar ye:
sy: pakcik nak g mane ni?
pakcik: pakcik nak g umah anak pakcik kat bandar tasik selatan..
sy: lahh~nape tak naik lif je?berat sy tengok beg yg pakcik bawa tue.
pakcik: tak pandailah ank nk guna lif tu..kang pg turun tmpat lain pulak.
sy: mehlah sy bawakkan beg pakcik ni...
pakcik: eh! takpelah nak..segan pakcik!
sy; alah takpelah..cian tgok pakcik bawak beg berat2 nie.. (sambil menarik2 beg di tangan pakcik tu..)
pakcik: takpelah nak..pakcik kuat lagi.lg pun pakcik tanak susahkan anak.
sy: hanya tersenyum..dan mengawasi setiap langkah pakcik tu turun dari tangga.
pakcik: kalau nak naik bas pakcik kena tunggu kat mana yer?
sy: kena turun tingkat bawah sekali...(3 tngkat) sebab tu sy tanye pakcik nape tak naik lif je.sakit lutut nt..
pakcik: oohh..jauh lagi rupanya? sambil tersenyum..
sy: sy nak tumpangkan pakcik,tp sy naik motor jek..pakcik nak ke naik motor dgn sy? sy boleh pinjamkan helmet sape2.. (niat baik, tp macam  tak pecaya jek pelawe tu)
pakcik: eh!takpelah..pakcik bukan tak sudi, tp pakcik keciankan anak nie, pakcik ni tak habis2 menyusahkan org.pakcik tanak susahkan anak.takpelah..pakcik naik bas jek. terima kasih ye.
sy: sy faham..same2.

bila sampai kat tingkat bawah sekali.

pakcik: oklah..pakcik dah nmpak basnya. Terima kasih lagi ye.
sy: same2 pakcik. hati2 ye naik bas.barang2 berharga simpan elok2. [sempat lagi sy nak nasihatkan pakcik tue, maklumlah kat KL nie bnyk pencuri..huhu.lagi dlm bas. byk kali dah terima  repot kena seluk saku]
pakcik: eh! nama anak ni sape?
sy: Ain! [sambil berlari anak melintasi jalan meninggalkan pakcik tadi]
pakcik:kalau jumpa pakcik kat mana2 jgn lupa tegur ya ain! sambil mengangkat tangan.
sy: hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

sy pun teruslah berjalan menuju ke parking motor. sambil2 jalan mata ni tak lepas2 perhatikan pakcik tadi tu. kecian kat pakcik tue. sy memang tak boleh tgok org tua jalan sorang2.lagi bila bawak barang yg byk. kepada sape2 kat luar tue kalau terserempak dgn org tua cubalah tegur mereka dan kalau boleh bantu,cubalah bantu mereka. bukan nak menunjuk baik.tp,inilah yg lahir dari sanubari dan terasa ingin berkongsi dengan semua. kalau sy ada kereta mesti sy tumpangkan pakcik nie.Sy percaya pakcik tadi tu tipu sy,sebenarnya dia tak larat nak bawak beg tu yang berat. sebenarnya dia dah tak larat nak turun dari tangga. sebenarnya dia nak bersembang dengan sy lebih lama lagi. sebenarnya pakcik tu rindu kat seseorang. sy tak tahu siapa..mayb anak dia.itu naluri sy. huhu.


tahun baru Azam lama! =).

Assalamualaikum semua! u all sihat? tahun baru, tp azam masih azam yang lama! hehe..coz belom tercapai lagi..huhu. mentang2 masuk tahun baru..tajuk blog pun dah berubah! hahaaa...yelah...mcm2 benda dah jadi. sekarang blog nie bukan Diary Rintihan lagi..Tp, dah jadi Suara hati..coz apa yang terluah kat sini,semuanya datang dari hati.
~ Doakan kebahagian saya ye kawan2. sy tahu kamu sayang sy.. love u all! =)


Selamat Tinggal kenangan!


tak perlu melupakan kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup kita. malahan, bersyukurlah kerana kita masih berada dan berpijak di bumi yang nyata ini. kenangan silam membawa pengertian dan pengajaran dalam diri kita. andai sesuatu itu sukar untuk difahami, maka terimalah hakikat ini bahawa apa yang difahami adalah apa yang dilalui.untk aku.diri aku.perasaan aku!selamat tinggal kenangan.Buku lama disimpan, buku baru dibuka! dengan catitan pertama..

" Ya Allah jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang beriman dan istiqamah dalam keimananku.jauhkanlah aku dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayamu.Jadikanlah aku orang yang selalu bersabar dan jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu.Dan gantikanlah apa-apa yang HILANG dari aku dengan yang lebih baik dari sisiMu. Amin ya Rabbi."

REDA TERHADAP APA YANG DIPEROLEH MELENYAPKAN DUKACITA

"Ketika kulihat uban nampak pada bahagian depan kepala dan tengah kepala
ku katakan selamat datang,wahai uban.
Walaupun aku khuatir,jika kupenuhi salamku maka dia akan menyimpang dariku.
dan sebenarnya aku juga ingin dia menyimpang
Akan tetapi jika sudah datang satu cabarann,jiwaku merasa lapang
kerana satu hari nanti bencana akan hilang juga."

Selamat datang gembira.
Selamat tinggal dukacita!

Aku menangis tanda aku cinta kepadaNya.


Tengah khusyuk solat magrib tadi..selesai salam..tiba2 air mata ini mengalir~ mengalir dengan deras. hanya ungkapan Ya Allah yg ada di bibir ini. Ingin ku telan ku rasa pahit,ingin ku biarkan ku rasa perit! Ku ingin mencari kekuatan diriku semula Ya Allah.