Penuhi sunyi dan rasa asing,
tanpa perlu berasa sayu,
daripada nikmat pancaran ILAHI.
Memang aneh dan pelik andai kes pemberian nafkah terhadap ibu bapa sampai dibawa ke mahkamah.Biasa yang kita dengar ialah tuntutan antara suami isteri. Itu sudah menjadi kebiasaan dan saya sendiri pernah berhadapan dengan kes seperti ini dan terlalu banyak laporan polis yang saya terima berhubung kejadian ini .Apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, kes itu akan dibawa ke mahkamah.Suami dihukum,nasib isteri dan anak-anak terbela.Tetapi kalau ibu bapa memfailkan kes ke mahkamah atas dakwaan anak-anak mengabaikan nafkah mereka,bukankah itu pelik?
Meskipun ia pelik, tetapi ianya benar!
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memerintahkan seorang wanita bersama suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.hakim memerintahkan kedua-duanya memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan si bapa,berusia 74 tahun dan isterinya, berusia 66 tahun, iaitu hak tinggal di rumah mereka sendiri sepanjang hayat, diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran,Diberi kebebasan dilawati anak lain bila-bila masa sepanjang hayat, menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
Pada April,2007,pasangan warga emas ini memfailkan enam (6) tuntutan termasuklah nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantu mereka kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu. (BH 5 Nov 09)
Apakah pelajaran dan pengajaran yang boleh kita fahami? Seandainya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada ibu bapa, sebenarnya pertentangan mereka tidak akan menang kerana Allah sentiasa berpihak kepada ibu bapa, biar apapun situasinya. Andainya menang di dunia, namun ia tetap dianggap kalah di akhirat. Menang di dunia tetap dianggap kalah sebab seolah-olah tidak mempunyai hati,kalaupun ada, syurga tidak membentuk di situ.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
"Rehda ALLAH bergantung pada rehda dua ibu bapa dan murka ALLAH bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." -al-Hakim.
Ingatlah wahai anak-anak sekalian...;
: tanggungjawab anak terhadap ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka msih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
--->sy harap apa yang sy post kali ini, sebahagiannya dari sumber karya Dr.Hm Tuah Iskandar al.haj ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada semua yang bergelar anak di luar sana agar tidak menjadi seorang anak yang sesal seumur hidup.
No comments:
Post a Comment