~kosong~

Thanks sgt2 sape yg uplod cite ni! inilah cerita terakhir antara sy dan dia.





Setiap kali tengok cite ni or dengar lagu ni.sy mesti sedih dan nak menangis. sy teringat kat seseorang.Inilah cerita terakhir sy dan dia tengok bersama.dia sanggup teman sy walaupun dia tak suka tengok cite2 macam nie. Time tengok cite nie sy menangis..sy ingat dia ada cakap dengan sy..."syg!jangan menangis..kalau cinta itu milik mereka,ia tak akan kemana.Allah dah tentukan jalan cerita untuk setiap pasangan.."huhu...terharu rasa dia cakap mcm tue...berulang-ulang kali tengok..(saya harap,kalau awk tgok video ni,awk ingat kat sy ye.).memang besh! n ada kenangan untuk sy! enjoy this vedio.. :(

Cubaan pertama! =)

tara! tgok nie...ini adalah solekan pertama dari tgn ni! tak suke bersolek pun,saje busan2 nie comotkan muke dgn barang2 make up yg ada! haha...Cube tgok sy pakai hijab cane?men letak kat kepala jek...=p looking..looking~~bubey... =)

Bear dan Choc untuk die.. :)

Act, time balik kg kelmarin sy bawak choc n Bear ni untuk die...tp, sy tak sempat nak bg kat dia..so sy simpan jelah buat peneman sy! n choc tue simpan dlm peti ais sampai beku..hehe...mood nak kerja memang takde. asik terpikir pasal dia jek. macam tak percaya jek apa yg terjadi sekarang nie. walau cane pun hati kena kuat! yeahh..dalam situasi mcm nie mulalah nak teringat apa yg kawan2 pesan...so, skrg sy bukan igt jek..sy cuba lakukan...dan walaupun pahit sy cuba maniskan semula...hehe..:) nak sedih? sampai bila? kalau sy buat mcm ni org mgkin akan ckp sy keras kepala dan ego?? yeke?? tak heranlah...hati sy.naluri sy,diri sy..saya tahu apa yg sy cuba buat...patutnya sy buat dari dulu lagi..izinkan sy bagi peluang utk diri sy....lalala~

Setiap malam ku berdoa,agar ku tenang merintih kehidupan...


Assalamualaikum semua...sy harap u all sihat2 dan baik2 je k..Skrg sy ada kt Johor Bharu melawat kakak yg baru jek bersalin.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik je.dapay baby girl..tp name belom ada lagi..masih mencari yg sesuai.  Smlm sy balik kg dulu. Kemain bersepah umah sy..kalau u all datang tengok..dah mcm org buat kenduri kawen jek. haha.. memang pun! mak sy baru jek lepas dapat tander masak untuk 900org! Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.
(-.-)
cubalah mengerti keadaan ku.ku ingin kau jadi milikku.

mood sy sejak2 kebelakangan nie tak besh. memang tak happy. ntahlah. tade sape yg memahami hati dan perasaan ini. kerja malam, balik tidur..kerja petang balik malam tidur..kerja pagi...free balik kg! apa yg dilalui seperti kosong..kosong. nak merungut rasenya dah tade guna dan tak dapat pape pun. Hati sedih sebab org yg kita sayang masih tak memahami diri...nak cakap ape lagi..hati dah malas..hati dan semakin tawar...rasa macam nak menyendiri jek.memang selama ni pun hidup bersendiri jek. Hati ni dah betul2 ikhlas dan jujur tapi selalu sgt disalah ertikan. Dah habis cuba untuk menjadi yg terbaik untuk dia. tapi masih ada yg kurang. manusia!tiada yang sempurna. "aku ni bukan Siti Aisyah yg boleh dibuat contoh kaum hawa sekarang. aku bukan Siti Khadijah yg mampu bersabar dgn dugaan yg diberikan.. Aku insan biasa. mudah terasa, mahukan perhatian,mahu dibelai...aku adalah aku..huhu"

Tolong jangan cabar sy. Sy memang suka mencari, tapi sampai masa kita sendiri tak sedar yg kita dah tak mencari...
p/s: saya dah mula serahkan pada takdir. Terima kasih juga pada seseorang..Isthiharah membawakan diri ini dekat padamu dan percaya jodoh itu memang telah tertulis dalam luh mahfuznya.

wasalam.

Bersabarlah sebelum sabar itu menjadi sia-sia



Bersabarlah anda atas musibah, kerana kesabaran itu mampu memberikan manfaat. Bersabarlah anda selagi anda masih mampu bersabar. Kerana di akhirat kelak,anda sama sekali tidak akan mampu bersabar sekiranya anda jatuh ke dalam seksaNya. Sekiranya anda masuk ke dalam azab Allah di akhirat kelak, maka bersabar pada saat itu sama sekali tidak ada gunanya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran
"masuklah kamu ke dalamnya (neraka) maka baik kamu bersabar atau tidak,sama saja bagimu,kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan," [at-Thuur : 16]

Oleh kerana itu , bersabarlah anda di dunia ini kerana sabar itu memberikan manfaat bagi anda.

Pesanan ikhlas untuk anak Adam...


' Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,janganlah berduka dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. kerahkan segenap kemampuan untuk memelihara yang difardukan' 

Carilah "Chemistry" sebelum sayang itu hilang~



oucchh! kasih org tak dicari, kasih org datang sendiri.
~~ada org mengintai sy dibalik bayangan, ada org bertentang mata dgn sy tanpa tujuan, ada org tercari-cari sy tanpa alasan, ada org mahu berjalan dgn sy sebagai teman, ada org sudah mula rindu pada sy, ada org mula meluah syg kat sy, ada org mula mengambil berat tentang sy, ada org cuba semakin dekat dgn sy. ada org...ada org...~~  (serba salah, walaupun dia tahu sy dan dia hanya kwn,dan dia tahu sy mencintai org lain)sob..sob..:(
Assalammualaikum semua!
sy baru jek habis Dinner at Hotel Pearl Point International,Kuala lumpur.. Penatnyer, btw seronoklah jugak walaupun time persembahan tadi mcm kucar kacir sikit..wiwiwiwi! itulah akibatnya, time latihan main2.. :pjom kite jengah2 gambar-2 yg sempat di tangkap muat! hehe..

[yes! dapat gak bergambar dgn salwa! ]
tggi jugak dia..hehe :)



OMG! kena bergaya sakan..hehe..maklumlah ada orang sponser pakaian...pakai jelah.. :) make up pun bukan calang2 org yg make up! haha..btw..sy nampak lain sgt2..walaupun muke tak bape nak cute cam org yg cute2 kat lua tue.. :)

Inilah kumpulan kami! haha..dah macam pmpuan gabrett! sy pun tergolong same! wiwiwiwiwiwiwiwi..:)

[Inilah suraya! Housemate sy!]
[Inilah Faizzura! Housemate love sy! hehe.. :) ]
Barisan para artis dan penari yg memeriahkan majlis ini! kuang..kuang..kuang...:). Tanpa penari2 nie..tak meriah majlis mlm nie! haha..puji untuk diri sendiri...kami menari yer..bukan berpoco-poco! huhu... :p. enjoy!

[My dress! Simple kannn? hehe..btw sy selesa!
tak yah nk glamor2 sgt..nt kalah pulak mak2 datin
yang datang kat majlis nie! :) ]

Bergambar dgn artis pulak!

[a.aida dan salwa!]
sedap n merdu gile suara si salwa nie! terbaik! hehe


Alhamdullilah! majlis selesai tak lah lewat sgt! setelah sekian lama jugak sy tak g dinner.Akhirnya kami semua dapat berkumpul jugak! walaupun sederhana tapi cukup meriah! sekian dari sy.. wasalam.. :)

Salam...

[saya! ain!.. :)]
salam,
apa kabar imanmu disana
adakah masih goyah ditiup bayu dunia
atau sudah kukuh dipasak di dasar hati
doaku agar imanmu membawa kesihatan
doaku agar imanmu menarik hatiku padaNya
doaku agar imanmu memimpin jiwaku

salam~
wanita dinikahi kerana 4 perkara
harta,keturunan,kecantikan dan agama
andai agama pilihan hatimu
akan ku buka tanda persetujuan
kerana aku takut
andai harta pilihanmu..kelak aku miskin engkau pergi
andai keturunan pujaanmu..aku bukan bangsawan engkau hampa
andai kecantikan dambaanmu..bila usia tua mengintai engkau hambar
namun
andai agama genggamanmu..kekuranganku engkau lengkapi
beruntunglah kedua-dua tanganmu keranaNya

salam~
dalam untaian istikharah aku mengintaimu
'Ya ALLAH, andai dia terbaik buatku
sama ada cepat atau lambat
takdirkanlah ia bagiku
permudahkanlah
berkatilah aku untuknya
namun andai dia bukan untukku
jauhkanlah aku daripadanya
dan takdirkanlah kebaikan untukku
dalam sebarang kebaikan

salam~
walau ada hijab antara kita dariNya
tanpa bayangan
tanpa gurauan
tanpa renungan
andai itu takdirNya kita akan bersama
untuk terus berjuang di jalanNya.

Amin! insyaAllah. :)











Kita Milik Allah.




gambar lama2...MUKABUKU!

[dinner at Hotel pearl Point]

[with A.aida! comel kan..]

[bergambar beramai2...meriah tak? hehe]

[sy dan k.zura! my beloved fren!]



[haha! Ini gambar lama!]

[bergambar with Amni!]

[celebrat my besday! yg ke-21! ]



[my kek! yumi2..sedapnyer..!]

BULAN! from my Lensa!

- Ombak Rindu Lirik [HD/HQ]



Best sangat2 lagu nie! sehari suntuk dengar lagu nie! Lagu nie banyak sgt makne! dan sy pun baru sedar ada makna yang tersendiri bila dengar lagu nie. Saya nak tujukan untuk seseorang, tp sy rasa, sy tak layak nak tujukan untuk dia. Sy percaya satu hari nanti, dia akan baca dan dengar kembali lagu nie. Untuk dia yang memahami hati ini, mungkin awak juga suka lagu ni dan sedih mendengarnya. maafkan sy. :)


Tahniah!

Assalamualaikum,

.....Cerita semalam! :) tepat jam 2136 hrs@10/12/2011, sy sampai betul2 di halaman rumah kg sy, sy lihat byk kenderaan dan motor diparking di sepanjang jalan dan di halaman rumah sy...Sy pun terus bergegas salam menyalam saudara mara dan jiran tetangga yg turut hadir, tanpa berlengahkan masa, sy terus membersihkan diri kerana sy tak mahu terlepas peluang untuk berzanji bersama jiran tetangga yg meraikan majlis kesyukuran anak sulung abang sy...Alhamdulillah majlis selesai dalam lebih kurang jam 2330 hrs, Terima kasih kepada yg turut hadir menyempurnakan majlis ini. Orang terlalu ramai, andai yg beranggapan sy bernikah..hahaha..Btw, semuanya berjalan dengan baik siap pakat tengok gerhana ramai2 lagi. Meriah!!!
mood sekarang: keletihan...huhu,baru sampai KL!esok keje...Salam semua! bye.. :)




2 minit puisi cinta untuk dia...


Saat ku meniti kehidupanku,
Ku merasakan bahang yang semakin membara dalam diriku
Bila ku hampiri bahang itu, 
Ku yakini..
Inilah bahang cintaku terhadapmu,
Ingin ku robek hati ini,
Untuk membuktikan cintaku terhadapmu...
Andainya kau tahu,
Setiap nafasku,terdetik untukmu.
Setiap langkahku,ku teringat akan dirimu.
Setiap pandanganku, ku terpana akan kamu..
Wahai cintaku..
6 tahun sudah berlalu..
Inilah bukti kesetiaanku terhadapmu..
Walau ombak pernah datang melanda..
Tetapi pasir itu, tidak pernah berkurang di tepian pantai..
Ku pejam mataku,
Ku sebut namamu..hanya dirimu yang satu.
Ku memohon maaf,
Kerana ku sangat menyintai kamu, 
Ku sangat menyayangi kamu,
Setiap doaku, ada untuk kamu..
Wahai cintaku,
Ku tunggu lamaranmu..
menjadi ikatan untuk kita bersatu...
Di saat itu,Ku berharap..
Agar..
Aku menjadi seorang isteri yang taat kepadamu.


Kenapa mesti DIA?

Assalamualaikum, dan salam muhibbah untuk semua kawan-kawan saya yang berada berhampiran dengan sy,mahupun yang jauh dgn sy.Sy harap kwn2 semua sihat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. InsyaAllah.


 "Ya Allah, kenapa hati ini teringatkan dia...apa yang tidak cukup dalam hatiku ini, ku telah berusaha untuk melupakan dia, sekaligus melenyapkan bayangan dia dalam hidupku, tetapi ia muncul jua. Kini ku sudah semakin bahagia bersama insan yg ku cintai dan ku syangi,tp kenapa kadang2  bayangan dia muncul kembali. Ya Allah, ku bersyukur padamu kerna diberikan kesempatan untuk ku merasa kebahagiaan dengan orang yg ku cintai selama ini.Ku minta padaMu ya Allah,berhentikan perasaan ku terhadap dia,kerna dia bukan untuk ku. dan selama ini ku tidak pernah meminta dia bertahta dalam hatiku,Tp kenapa perasaan itu wujud sedangkan ku mencintai orang lain dan mengasihi orang lain bukan 'DIA'. Ya Allah.hamba Mu ini bukan seorang yang tamak, yang mahukan orang mengasihi dan ramai orang menyayangi, Perasaan ini yang mengganggu dalam sanubari hati ini. Puas ku menangis tp tiada guna. Untuk kekasihku, jgn bimbang ku sgt mencintai dirimu. Ku akan persiapkan diriku untuk menjalani hidup dgnmu. Jgn kau khuatir tentang perasaan ku. by : blogger > Diary Rintihan Seorang Gadis. (only me)

 daripada hadisMu yang bermaksud...
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

 

Ku Cuba Ya Allah...


Jalan yang telah aku dekat pada Mu
Jalan yang telah engkau persiapkan
Jalan untuk kami tegakkannya di muka bumi
Bersama-sama dengan orang yg telah engkau pilih

Tapi Tuhan, 

Andai diri ini tidak mampu berjuang
Kuatkan dan tabahkan hati ini
Teguhkan hati ku ini Ya Tuhan
Tabahkan hati ini Ya Rahim
Demi menggapai redha Mu Yang Satu

Tolonglah Tuhan,
Jika kerinduan ini imaginasi syaitan
Dan ku minta ia dilenyapkan segera
Andai kasihku berlandaskan nafsu semata-mata
Ku mohon matikanlah rasa cinta yg belum tentu jadi miliku

Terima kasih Tuhan,
Disaat ini aku masih dipilih
Untuk meneruskan janji Ku ini
Yang pernah ku lafazkannya dulu
Untuk diri ini meneruskan
Perjuangan yg belum selesai
Untuk meneruskan tradisi ini
Menegakkan Islam dibumi Mu ini


Dan Ku pohon Tuhan,
Tetapkanlah iman di hati ini
Walaupun ujian datang menghujani
Ku harap ia tidak melemahkan diri
Untuk terus melawan Ujian Duniawi.




kekasih sy VS pujaan hati awk


"Sesungguhnya sy benar2 berharap kepada Allah,sehingga dengan kesabaran yang baik seakan-akan sy dapat melihat apa sahaja yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku..."

Assalamualaikum dan salam muhibbah untuk semua.Mohon maaf andai diri ada melakukan salah dan silap sama ada yg disedari atau tidak disedari.laporan kali ini sy ingin tujukan pada seseorang... untuk awak 'wanita' sy keliru dengan sikap awk, sy keliru dengan pendirian awk, sy keliru dengan tindakan awk, sy keliru dengan kata-kata awk. Awk sedar tak yg awk dah mencintai seseorang yg digelar 'kekasih org' awk sedar tak awk sedang merampas seseorang? Awk sedar atau tidak awk pernah menjadi punca keretakkan hubungan sy dan dia? Awk sedar tak yg awk sentiasa berdoa dan berharap benda yg boleh merosakkan kebahagiaan org lain, walaupun ianya menjadi kebahagiaan awk. Awk! Sy juga wanita! sy juga ada hati dan perasaan! kalau awk kata mungkin ada jodoh antara awk dengan dia, bagaimana pula dengan sy?Awk tahu sy dan dia dah bersama hampir sekian lama. kenapa awk harus hadir dalam hidup dia? Awk....awak tolonglah sy. tolong jangan rampas dia dari sy,sebab sy sayangkan dia. sy sayangkan dia lebih dari awk sygkan dia. Knp awk buat sy mcm nie? Knp sampai sekarang awk masih nk menunggu dia. Sy tahu..dalam diam awk masih mengingati dia. Sy tak salahkan awk, apa yg sy nak marah sebab awk selalu berdoa untuk memiliki dia....Awk!...Sy sama seperti awk...Cubalah awk memahaminya.Cukup hanya untuk sekali. belajarlah untuk tidak merampas kekasih org,,supaya awk tidak merampas suami org...! Sy minta maaf...:(

My Love!


Love is that beatiful stream of emotions
Which flow from one heart to another
It is a language that hearts use,
To speak to each other.


Love is a wonderful breeze,
It comes on its own
It is far the most powerful bond
As history has truly shown.

Semoga Allah Rahmati kita...



"Hidup ini terlalu banyak dugaan yang kita lalui dan yang akan kita lalui,
kadang-kadang kita rasakan tidak tertangung...
Jiwa perlu kental,
Hati perlu tabah,
Semoga Allah merahmati kita Dunia & Akhirat"
Wasalam.

TERIMA KASIH...


Saya mula cuba untuk memahami awak dan belajar untuk menerima awak seadanya..Saya minta maaf sebab saya tak pernah mencuba untuk memahami awak dari dahulu lagi, sedangkan hubungan antara saya dan awak sudah cukup terlalu lama. Maafkan saya,Berilah saya peluang untuk memahami awak sesungguhnya saya amat memerlukan awak. Kini baru saya sedar, walaupun pelbagai rintangan dalam hubungan kita, saya tidak boleh lari dari awak dan saya akui, hati saya tetap untuk awak. kadang-kadang saya terlalu emosi, terlalu mengikut perasaan dan terlalu memaksa awak untuk memahami saya. Tetapi saya tidak pernah sesekali memahami awak. Saya hanya bercakap tentang awak, saya hanya memikirkan tentang awak, saya hanya menyebut nama awak, hakikatnya saya masih belum mengenali awak.Tolong berikan saya peluang ye, saya mahu menghargai awak sepenuhnya. saya minta maaf sebab selalu menyusahkan awak. Saya mahu awak tahu yang saya sangat memerlukan awak dalam hidup saya. Saya perlukan awak menjadi sebahagian dari hidup saya, saya mahukan awak menjadi tulang belakang saya....Terima kasih awak kerana sanggup melayan kerenah saya, Terima kasih awak sebab sanggup temankan saya walaupun awak sibuk dengan tugasan awak, Terima kasih awak sebab awak masih bersama dengan saya, Terima kasih awak, walaupun awak ada menyukai wanita lain, tapi awak tetap memilih saya menjadi teman hidup awak, Terima kasih awak sebab awak menyedarkan diri saya, walaupun hati saya ini keras untuk menerima awak dan sering membantah cakap awak. terima kasih Ya Allah,ciptakan 'dia' menjadi sahabat saya, Teman saya dan kini kekasih saya, Terima Kasih Ya Allah. saya berharap agar hubungan yang dibina ini kekal sampai bila-bila dan jika 'dia' yang tertulis di Luh Mahfuz untuk saya.. saya bersyukur ya Allah...Andainya org lain yang tertulis untuk saya, mohon dibukakan hati saya untuk mencintainya seperti saya menyintai 'dia' kerana 'dia' cinta pertama saya kepadamu Ya Rabb tanganku menadah dan sujudku di hadapanmu.. Amin.

Inilah dia..Diari Rintihan Seorang gadis telah bermula... :)

Assalamualaikum semua, harap korang sihat dan baik2 je k. Sy doakan semoga Allah panjangkan umur kalian dan dimurahkan rezeki selalu. Amin!..Sekejap jek masa berlalu. tahun 2011 pun dah nak sampai ke penghujungnya...Adakah perjalanan ku selama ini sudah mencukupi untuk bekalan diriku??? MasyaAllah..

[sume ni "diari" sy..dari tahun 2006 hingga 2011, dan utk 2012 pun sy dah stnby"]
[kadang-kadang kita tak mampu nak meluahkan apa yang kita rasa]
[dengan adanya sebatang pen dan sekeping kertas sudah cukup untuk memulakannya.]

...Setiap hari yang dilalui dalam hidup kita,adalah beerti dan sungguh bermakna. Cuma mungkin kita tidak sedar. Life is neither bed of roses, nor a carpet of thorns. but life is beautiful. Our life is so beautiful guys...So sweet, full of love, if we could see all the creatures outside there..realize or not,its up. God give us eyes and mind to see and think about all creation,Yet life is a syccession of lessons which must be lived to be understood. Tuhan berikan kita pemikiran bukan setakat untuk memikirkan masalah yang kita hadapi seharian,kita harus kuat dan bijak mengatur hidup. Masalah tetap masalah.Tapi ada sesuatu yang lebih beerti dari itu. Its our life,so don't just live it but feel it! jangan dibebani perasaan kita dengan apa yang telah menimpa diri, Sebaliknya tempuhilah hari-hari yang mendatang dengan pengertian yang penuh beerti...
sekian dahulu dari sy.. wasalam.. :)

Takdir yang menentukan segalanya.




 Inilah Takdir, Takdir yang harus sy terima!Sukar macam mana sekalipun,sy kena terima jugak! Tanpa dugaan ini,sy tidak akan sedar betapa pentingnya kesabaran,betapa banyaknya kerugian yang sy persiakan, betapa singkatnya keputusan yang sy buat sehingga tidak terfikir akan badai yang sedia menanti...Inilah manusia,tidak lari dari membuat kesilapan dan sentiasa terbatas dari terus terfikir akan kejadian yang mendatang. Semua ini kuasa TUHAN yang Maha Mengetahui. Apa pun yang terjadi sy terima dengan hati terbuka, walaupun pahit untuk sy menelannya...
Inilah takdir namanya. :)