~kosong~

Untuk sahabat saya. :)




Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...


Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

kata-kata pujangga :)





"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
~Pujangga~
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
~Pujangga~
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."
~Pujangga~
"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"
~kata-kata Pujangga~
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
Kata-kata Pujangga~
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
kata-kata Pujangga~
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
Kata-kata Pujangga~
"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.''
kata-kata Pujangga
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."
kata-kata Pujangga
"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
~kata-kata Pujangga
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
kata-kata Pujangga`
"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."
kata-kata Pujangga~
"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."
kata-kata Pujangga
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~
"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."
kata-kata Pujangga`
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
kata-kata Pujangga`
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
kata-kata Pujangga~
" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."
Kata-kata Pujangga:
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."
Kata-kata Pujangga:
" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
Kata-kata Pujangga:
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."
Kata-kata Pujangga:
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
Kata-kata Pujangga:
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
Kata-kata Pujangga:
"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."
Kata-kata Pujangga:
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
Kata-kata Pujangga:
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
Kata-kata Pujangga:
" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
Kata-kata Pujangga:
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
Kata-kata Pujangga:
"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
Kata-kata Pujangga:
"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
Kata-kata Pujangga:
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
Kata-kata Pujangga:
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
Kata-kata Pujangga:
"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
Kata-Kata Pujangga:
"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
Kata-kata Pujangga:
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
Kata-kata Pujangga:
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
Kata-kata Pujangga:
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
Kata-kata Pujangga:
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
Kata-kata Pujangga:
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
Kata-kata Pujangga:
"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"
Kata-kata Pujangga:
"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
Kata-kata Pujangga:
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

sampai bila?


saya tertanya-tanya siapa awak di hati dia?

saya tertanya-tanya apa hubungan awak dengan dia?

saya tertanya-tanya kenapa awak tiba-tiba muncul antara saya dan dia?

saya tertanya-tanya kenapa mesti dia?

saya tertanya-tanya kenapa dia ambil berat sangat pasal awak?

saya tertanya-tanya kenapa dia bandingkan diri saya dengan awak?

saya tertanya-tanya apa salah saya?

saya tertanya-tanya kenapa buat saya macam ni?

saya tertanya-tanya kenapa dia masih menipu saya?

sampai bila?

sampai bila?

sampai bila saya akan tertanya-tanya?

"sayang!'





Aku sayang dan cintakan kau seorang!
JAGA DIRI,JAGA IMAN DAN JAGA HATI.
<<<<<<<<<<<<&>>>>>>>>>>

-dapur memanggil- ;p

Keperluan barang dapur untuk menyambut bulan Ramadhan. :)

1. beras
2. minyak masak
3. gula/garam/ajinamoto
4. tepung gandung
5. asam jawa/asal keping
6. lada kering/lada basah/ cili padi/cili boh
7. bawang kecil,bawang hollen
8. halia/kunyit
9. Nuget ramly/Ayam goreng Ramly/Kentang goreng
10. sos cili/tomato
11. kicap kipas
12. mayonis
13. roti/kaya
14. kiub pati ayam


Cucian:
1. sabun basuh/pelembut kain
2. clorox
3. pencuci pinggan
4. nila
5. serbuk paip
6. pencuci tandas

Saya dah senaraikan keperluan yang penting, anda bila lagi. jum memasak sendiri untuk buka puasa ramadhan tahun ini. Berasapkanlah dapur tu dan mengemas2 lah rumah tu..hehe.
mood: kebosanan yang melampau bila housemate cuti bersalin. huhu

rindu puteh dan dia


-kucing-
Kucing adalah satu-satunya binatang yg lyak mnjadi teman kita bila berduka.Bila kita sunyi dan bila kita keseorangan.Keletah dia menghiburkan hati. Keletah dia menggembirakan perasaan yg kecewa. Dia seolah-olah mengerti kedukaan hati kita.Bila ia berada di riba kita,dan bila ia bermain seremban dgn kita,seronok. Hati tgah marah pun boleh sejuk.kdg-kdg rasa lebih baik bercakap dgn kucing daripada segelintir manusia yg tak reti bahasa dan tak faham naluri kita.Walaupun kita bercakap dan dia akan mengiau shaja,tapi hati ini puas.
-sayang puteh rindu puteh-L

ombak rindu kembali lagi.



Tersentak akan kehidupan yang bagaikan roda
terkapai-kapai melawan ombak di lautan
namun kekuatan diri hanyut
bersama derasnya air yang mengalir
hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
kental diiringi imbauan kembali
mereka yang telah pergi.
ketidaktenangan hati tetap menghantui
menyesalkah?

kesepian, kehampaan, dan kerinduan...
bagaikan teman saban hari
tiada siapa yang mengerti.
Hati nan terluka
sentiasa tercari-cari
apakah sebenarnya yang tersirat
apakah itu telah tersirat.


Ramadhan

Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Aku harap Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam hidup aku. Terlalu banyak cita-cita dan impian aku, dan aku rasa Ramadhan tahun inilah masa yang sesuai untuk aku menebus segalanya.

Alhamdulillah, semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku. InsyaAllah.Amin. 

Doa dari awak..:) thanks ya

....." saya doakan suatu hari nanti awak dapat mengenali hati dia dengan sebaiknya dan masa itu awak sedang bahagia dengan dia. Awak jangan lupakan saya tau, saya akan perhatikan gerak geri awak dari jauh tanpa awak sedari sebab saya tak mahu lihat awak kecewa. terima kasih sebab menemani jiwa saya walaupun untuk sementara tanpa awak sedari. Awak sangat baik dengan "CINTA". saya doakan awak dapat cinta hati awak. saya sayang awak! ............

Mata aku tak lepas memandang wajahnya, terlalu jujur dia beritahu pada aku tentang hatinya.Rasa sedih dalam diriku. Tapi aku tak dapat nak berbuat apa-apa. Aku doakan kau bahagia bersama sesiapa sahaja insan yang wujud dalam hidup kau. :)

kenapa aku menangis?

Assalamualaikum pembuka bicara,lama sudah rasanya aku tidak meluangkan masa pada blogger aku.Aku membiarkannya seperti aku membiarkan hati aku berlalu tanpa arah dan tujuan.ingin aku capai tapi tangan tak sampai, ingin aku dekati,terasa kau semakin menjauh...

Ingin dijadikan cerita...
sedang elok aku bekerja ,tiba-tiba aku terdetik untuk mengajukan soalan kepada seorang kakak @ boleh digelar ibu yang mungkin sudah lali dengan pengalaman cinta,aku bertanya.."Adakah akak berkahwin dengan orang yang akak cintai..?" mungkin soalanku agak mengejutkan untuknya tetapi dengan tenang dia memalingkan mukanya memandang ke arah aku sambil berkata.."ya! akak berkahwin dengan orang yg akak cintai..meskipun dahulunya akak bertunang dengan orang lain." Aku tertarik dengan percakapannya,seperti ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama,tetapi belum sempat aku mengajukan soalan kedua, dia terus memotong cakap aku.."Jangan khianati cinta,kelak kita akan merana. Bila bercinta kenal dahulu amarahnya sebelum kita mengenal hati baiknya.." dia tersenyum... Aku seakan mengerti apa yang dimaksudkannya dan aku terus berdiam. aku bukanlah seorang yang suka bertanya bertubi-tubi persoalan kepada seseorang. Jika aku boleh memahami, tiada lagi persoalan yang aku cari. 

Selepas itu, pulang dari kerja jam 12 malam seperti biasa aku menyiapkan diri dan menunaikan solat fardhu isyak yang mungkin sudah agak kelewatan. Aku tidak tahu mengapa...satu perasaan muncul secara tiba-tiba. aku menangis..menangis dan terus menangis. sekali sekala aku membaca selawat berulang kali dan berzikir agar Allah menenangkan semula hatiku ini. saat itu tiada siapa yang meneman di sisi. orang yang ku sayang entah dimana. minta diteman malah aku yang dimarahinya. Aku menangis dengan tersedu sedan,kadang-kadang membuatkan aku sendiri sukar untuk bernafas.Aku tidak sedar bila masakah air mataku berhenti mengalir dan pabila ku sedar, azan subuh berkumandang. memecah gegendang telingaku,lantas aku bangun dan sekali lagi mengesat air mataku dan bertanya dalam diriku.."Untuk apakah aku menangis semalaman memikirkan tentang perasaanku.?" aku terdiam, tuala di birai katil dicapai dan aku terus membersihkan diriku sekaligus membuang perasaan sedih itu jauh2 agar tidak mengganggu malam ku lagi. selepas solat subuh, aku duduk termenung dan mengambil sebatang pensil lalu menulis sesuatu tanpa aku sedari...

..................Aku ingin kau seperti dahulu,seperti kali pertama kau mencintaiku. akulah kekasihmu.tiada siapa boleh menggantikan tempatku di hatimu. kau mengisi hari-hariku. kau mencorak kebahagiaan dalam jiwaku. sekali kau curang aku masih memaafkanmu, bila berulang kali kau curang aku masih tetap memaafkanmu kerna kau beritahu kau sayang padaku meskipun kau curang denganku. aku tersepit di tengah badai. mencari alasan untuk meninggalkan kau pergi.tapi hati aku tidak berdaya.kerna aku tidak boleh tanpa kau dalam hidupku.setelah sekian lama percintaan dibina,kau semakin keras kepala, hati kau susah untuk aku meramalnya. kau memarahi aku tak kira masa.tak kira sebab dan kau tak pernah bertanya kenapa. hari-hari aku menangis kerana kau. hati aku sakit bagai terguris dengan pisau yang tajam. kau terlalu ego dalam diri kau. kau ingin aku menjadi sempurna di mata kau sedangkan sesuatu berlaku pada aku tanpa kau ketahui. banyak perkara aku sembunyikan dari kau kerana aku mahu sempurna di mata kau seperti yang kau mahukan. aku terdesak untuk melakukan. aku tak diberi peluang dan aku tidak diberi kesempatan. kau tidak boleh menyalahkan aku sebab itu yang kau mahu dari aku....................................................

aku mematikan ayatku. mungkin ianya menyakitkan hati ku lagi.bertambah luka di jiwa. tiba-tiba  aku teringatkan soal perasaanku. aku menadah tangan tanpa banyak berfikir dan berdoa.. "Ya Allah,Ampunilah dosa-dosaku.dosa kedua ibu bapaku. Ya Allah berikanlah aku seorang lelaki (suami) yang boleh membimbing aku ke jalan yang Engkau redhai dan aku berdoa ya Allah agar aku dilindungi oleh syaitan yang direjam dan bencana-bencana buruk di dunia dandi akhirat. Berikanlah kesihatan rohani dan jasmani ke atas diriku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, kawan-kawanku, guru-guruku serta kaum muslimin dan muslimat sekalian alam. Tenangkanlah jiwaku,luaskanlah rezekiku dan tabahkanlah hatiku.Amin ya rabbal a'lamin.