Assalamualaikum pembuka bicara,lama sudah rasanya aku tidak meluangkan masa pada blogger aku.Aku membiarkannya seperti aku membiarkan hati aku berlalu tanpa arah dan tujuan.ingin aku capai tapi tangan tak sampai, ingin aku dekati,terasa kau semakin menjauh...
Ingin dijadikan cerita...
sedang elok aku bekerja ,tiba-tiba aku terdetik untuk mengajukan soalan kepada seorang kakak @ boleh digelar ibu yang mungkin sudah lali dengan pengalaman cinta,aku bertanya.."Adakah akak berkahwin dengan orang yang akak cintai..?" mungkin soalanku agak mengejutkan untuknya tetapi dengan tenang dia memalingkan mukanya memandang ke arah aku sambil berkata.."ya! akak berkahwin dengan orang yg akak cintai..meskipun dahulunya akak bertunang dengan orang lain." Aku tertarik dengan percakapannya,seperti ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama,tetapi belum sempat aku mengajukan soalan kedua, dia terus memotong cakap aku.."Jangan khianati cinta,kelak kita akan merana. Bila bercinta kenal dahulu amarahnya sebelum kita mengenal hati baiknya.." dia tersenyum... Aku seakan mengerti apa yang dimaksudkannya dan aku terus berdiam. aku bukanlah seorang yang suka bertanya bertubi-tubi persoalan kepada seseorang. Jika aku boleh memahami, tiada lagi persoalan yang aku cari.
Selepas itu, pulang dari kerja jam 12 malam seperti biasa aku menyiapkan diri dan menunaikan solat fardhu isyak yang mungkin sudah agak kelewatan. Aku tidak tahu mengapa...satu perasaan muncul secara tiba-tiba. aku menangis..menangis dan terus menangis. sekali sekala aku membaca selawat berulang kali dan berzikir agar Allah menenangkan semula hatiku ini. saat itu tiada siapa yang meneman di sisi. orang yang ku sayang entah dimana. minta diteman malah aku yang dimarahinya. Aku menangis dengan tersedu sedan,kadang-kadang membuatkan aku sendiri sukar untuk bernafas.Aku tidak sedar bila masakah air mataku berhenti mengalir dan pabila ku sedar, azan subuh berkumandang. memecah gegendang telingaku,lantas aku bangun dan sekali lagi mengesat air mataku dan bertanya dalam diriku.."Untuk apakah aku menangis semalaman memikirkan tentang perasaanku.?" aku terdiam, tuala di birai katil dicapai dan aku terus membersihkan diriku sekaligus membuang perasaan sedih itu jauh2 agar tidak mengganggu malam ku lagi. selepas solat subuh, aku duduk termenung dan mengambil sebatang pensil lalu menulis sesuatu tanpa aku sedari...
..................Aku ingin kau seperti dahulu,seperti kali pertama kau mencintaiku. akulah kekasihmu.tiada siapa boleh menggantikan tempatku di hatimu. kau mengisi hari-hariku. kau mencorak kebahagiaan dalam jiwaku. sekali kau curang aku masih memaafkanmu, bila berulang kali kau curang aku masih tetap memaafkanmu kerna kau beritahu kau sayang padaku meskipun kau curang denganku. aku tersepit di tengah badai. mencari alasan untuk meninggalkan kau pergi.tapi hati aku tidak berdaya.kerna aku tidak boleh tanpa kau dalam hidupku.setelah sekian lama percintaan dibina,kau semakin keras kepala, hati kau susah untuk aku meramalnya. kau memarahi aku tak kira masa.tak kira sebab dan kau tak pernah bertanya kenapa. hari-hari aku menangis kerana kau. hati aku sakit bagai terguris dengan pisau yang tajam. kau terlalu ego dalam diri kau. kau ingin aku menjadi sempurna di mata kau sedangkan sesuatu berlaku pada aku tanpa kau ketahui. banyak perkara aku sembunyikan dari kau kerana aku mahu sempurna di mata kau seperti yang kau mahukan. aku terdesak untuk melakukan. aku tak diberi peluang dan aku tidak diberi kesempatan. kau tidak boleh menyalahkan aku sebab itu yang kau mahu dari aku....................................................
aku mematikan ayatku. mungkin ianya menyakitkan hati ku lagi.bertambah luka di jiwa. tiba-tiba aku teringatkan soal perasaanku. aku menadah tangan tanpa banyak berfikir dan berdoa.. "Ya Allah,Ampunilah dosa-dosaku.dosa kedua ibu bapaku. Ya Allah berikanlah aku seorang lelaki (suami) yang boleh membimbing aku ke jalan yang Engkau redhai dan aku berdoa ya Allah agar aku dilindungi oleh syaitan yang direjam dan bencana-bencana buruk di dunia dandi akhirat. Berikanlah kesihatan rohani dan jasmani ke atas diriku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, kawan-kawanku, guru-guruku serta kaum muslimin dan muslimat sekalian alam. Tenangkanlah jiwaku,luaskanlah rezekiku dan tabahkanlah hatiku.Amin ya rabbal a'lamin.
No comments:
Post a Comment