~kosong~

3 pasang mata!

Assalamualaikum semua, kembali senyum hati ini di saat menaip enty kali ni. seperti ada sesuatu yang mengiringi.
Terima kasih Ya Allah, atas Rahmatmu yang dilimpahkan ke atasku ini. Semakin hari, hati ini semakin belajar untuk memahami. semakin lama, hati ini semakin boleh untuk menerima. setelah berminggu-minggu, berhari-hari,setiap jam, setiap minit dan setiap saat hati ini mencari jawapan...namun jawapan itu adalah suratan Takdir dariMu.. =).
Bersaksikan cinta di atas cinta, dalam alunan tasbih ku ini, meneka hati yang tersembunyi..berteman di malam sunyi yang penuh dengan doa. Ku sebut NamaMu terukir merdu, tertulis dalam sajadah cinta, tetapkan pilihan sebagai teman, ianya tetap kekal abadi hingga ke akhir zaman. Ku memohon petunjuk darimu,dan ku temuinya dengan hati tersenyum. didatangkan ia kepadaku,sambil tersenyum.hati mula memahami apa yang dirasa. hati ini sudah berubah. serta merta dapat menerima kehadirannya itu sebagai teman separuh nafasku ini...Di saat merindui,mata tertumpu mata sepasang mata yang merinduiku dari jauh,hati terdetik untuk mendekatinya. Tiada ku sangka, satu perjumpaan telah diaturkan,hati mula gelisah....

Saat pertemuan itu, semuanya terungkai, kau mamang teman yang setia. 3 pasang mata bertentang, 3 hati mula berbicara, 3 pasang mata mengalirkan air mata, 3 suara mula berbunyi,,mendendangkan suara hati yang terbeku..saat itu,,hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa kami sangat menyayangi antara satu sama lain. kami adalah sahabat...sahabat yang bersama dikala kesedihan, kedukaan, kegembiraan dan kami pernah kehilangan.kini...kami telah kembali...

Keadaan, masa, situasi dan ruang sangat membataskan persahabatan kami.

kami bersatu hati,kami berpakat dan kami juga berjanji.

(mata 1)Setelah apa yang dilalui..aku memandang kau dan kau dari jauh sambil tersenyum. di saat orang-orang mula menyebut tentang hubungan ku dengan pasangan pilihanku, kau dan kau hanya menganguk dan tersenyum tanda kau dan kau juga berkongsi kegembiraan ku ini...

(mata 2)aku juga terdengar kabar perkahwinan kau yang hampir tiba, aku dan kau,hanya memandang kau dari jauh sahaja sambil tersenyum tanda aku dan kau bahagia melihat kebahagiaan kau.

(mata 3)kau....masih seorang diri. aku dengan pilihanku, kau dengan bakal isterinya. tapi kau..seorang diri.masih termenung dengan cinta dahulu. termenung dengan harapan.Aku dan kau sentiasa doakan kebahagian kau. ;)


Terima kasih,
sahabat yang sejati.
mata ini akan mencari mata-mata di sana, andai mata ini terpejam,tak dapat melihat. mata ini tahu, mata-mata disana akan mencari mata yang terpejam ini sambil berdoa. (-.-)"

yang terakhir. 2 feb,2012

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. mungkin ini nukilan yang terakhir.selepas ini. tiada lagi luahan, tiada lagi kata2 pujaan dan tiada lagi kata2 sedih.Ingin diucap. tapi hati berat. ingin dicapai, tp tangan tak sampai. tak tahu bagaimana. harus ku jalani lagi. Hanya berdoa dan berserah moga Allah tunjukkan aku jalan.InsyaAllah.

Mencintai seseorang bagi aku bukanlah mudah,untuk menyayangi seseorang ianya lahir dari sudut hati.Kalau boleh aku juga ingin menjadi wanita yang sempurna untuk kaum adam. kalau boleh, aku juga mahu menjadi isteri yang solehah untuk suamiku, kalau boleh aku juga ingin menjadi ibu mithali untuk anak aku.dan kalau boleh aku ingin menjadi penghuni syurga di rumah Allah. Benar kata ustaz yang mengajar aku, syaitan ada dimana-mana sahaja, syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia. aku telah terperangkap dalam permainan syaitan.Aku gagal untuk mengenal diri aku sindiri. aku gagal untuk meyakinkan diri aku sendiri, aku gagal untuk mencapai impian yang selama ini aku inginkan. Tapi Ya Allah, Aku bersyukur atas kurniaan yang telah Allah berikan kepadaku. Terima kasih Ya Allah kerna masih beri aku kesempatan untuk aku menyedari akan khilaf yang dilakukan.

Ya Allah, kadang hatiku berduka,aku menangis.tiada tempat untuk aku mengadu selain dari sujud kepadamu.Dalam solatku, air mata ini bukti penyesalanku. penyesalan yang tiada penyundah. Aku inginkan kebahagiaan,dan Kau telah berikan kebahagiaan itu.Tapi aku degil, aku menolak kebahagian yang telah Kau berikan.aku cuba untuk mencari erti kebahagian, tapi sehingga kini aku gagal. aku mencari sesuatu yang aku tidak pasti, aku mengharap sesuatu yang aku percaya ianya bukan milik aku.aku berkasih,sedangkan hatiku memberontak kekecewaan.

"Adam, sudikan kau menerimaku sebagai isterimu? "

saya maafkan awak dunia dan akhirat saya.