~kosong~

yang terakhir. 2 feb,2012

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. mungkin ini nukilan yang terakhir.selepas ini. tiada lagi luahan, tiada lagi kata2 pujaan dan tiada lagi kata2 sedih.Ingin diucap. tapi hati berat. ingin dicapai, tp tangan tak sampai. tak tahu bagaimana. harus ku jalani lagi. Hanya berdoa dan berserah moga Allah tunjukkan aku jalan.InsyaAllah.

Mencintai seseorang bagi aku bukanlah mudah,untuk menyayangi seseorang ianya lahir dari sudut hati.Kalau boleh aku juga ingin menjadi wanita yang sempurna untuk kaum adam. kalau boleh, aku juga mahu menjadi isteri yang solehah untuk suamiku, kalau boleh aku juga ingin menjadi ibu mithali untuk anak aku.dan kalau boleh aku ingin menjadi penghuni syurga di rumah Allah. Benar kata ustaz yang mengajar aku, syaitan ada dimana-mana sahaja, syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia. aku telah terperangkap dalam permainan syaitan.Aku gagal untuk mengenal diri aku sindiri. aku gagal untuk meyakinkan diri aku sendiri, aku gagal untuk mencapai impian yang selama ini aku inginkan. Tapi Ya Allah, Aku bersyukur atas kurniaan yang telah Allah berikan kepadaku. Terima kasih Ya Allah kerna masih beri aku kesempatan untuk aku menyedari akan khilaf yang dilakukan.

Ya Allah, kadang hatiku berduka,aku menangis.tiada tempat untuk aku mengadu selain dari sujud kepadamu.Dalam solatku, air mata ini bukti penyesalanku. penyesalan yang tiada penyundah. Aku inginkan kebahagiaan,dan Kau telah berikan kebahagiaan itu.Tapi aku degil, aku menolak kebahagian yang telah Kau berikan.aku cuba untuk mencari erti kebahagian, tapi sehingga kini aku gagal. aku mencari sesuatu yang aku tidak pasti, aku mengharap sesuatu yang aku percaya ianya bukan milik aku.aku berkasih,sedangkan hatiku memberontak kekecewaan.

"Adam, sudikan kau menerimaku sebagai isterimu? "

saya maafkan awak dunia dan akhirat saya.


No comments: