~kosong~

Kesederhanaan itu kesempurnaan. :)


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang,dan bukan siapa dia sebelumnya.
 You don't need someone to complete you, you only need someone to accept you completely.. :)

walau aku senyum bukan beerti aku selalu bahagia dalam hari,
ada yang tak ada di hati ini, di jiwa ini dan membuatkan ku hampa..
Suatu hari ku bertemu sang adam di simpang hidupku,
ku rasakan mungkin akan ada cerita cinta,
namun ada sahaja cubaan hidup, seakan aku hina.....
Tuhan tolong berikanlah aku cinta, untuk temani ku dalam sepi,
tangkap aku dalam terang-Mu, biarkanlah aku punya cinta itu.
Tuhan berikan aku cinta, kerna aku juga berhak bahagia.
berikan aku restu dan halal-Mu,

Kiranya aku jatuh cinta padamu,bermakna aku telah jatuh cinta pada keserderhanaanmu.
dan kiranya aku membenci dirimu,tidak bermakna aku membenci dirimu,tetapi
sebenarnya aku membenci egomu.
berbahagialah! itu pilihan.





Dalam diam..:))


Dalam diam,
Kamu lihat facebook dakwah dia...

Dalam diam,
Kamu tertarik dengan penulisannya...

Dalam diam,
Kamu sangat suka gaya bahasanya...

Dalam diam,
Kamu minat dengan cara penyampaiannya...

Dalam diam, 
Kamu copy paste status dari wallnya...

Dalam diam,
Kamu ikuti perkembangannya...

Apapun yang  kamu buat,
dalam DIAM saja..

Kamu diam dan terus berdiam,
kerana diam menjadi PILIHAN,
Untuk kebaikan diri kamu sendiri dan tentunya untuk diri dia juga. :)



reunion al Munirah 2002 - 2012..:)

[Ini saya dan syikin...atau lebih sng pggil Adik! :) ]

[Ain dan Anis... ]

[Along,me, Adik,Anis n faje]

....................see again.................
miss u all...

oschhh..:)


one day



Aku happy sebenarnya dapat tahu kebenaran dari mulut kau sendiri  walaupun sedikit sebanyak aku merasa sedih dan hiba juga. Thanks sebab berterus terang. Aku harap kau semakin ikhlas dan jujur dengan aku. Semoga ALLAH memberkati hubungi kita dan semoga keluarga kita merestui hubungan kita ini.

salam sayang dari kekasihmu.

Untuk sahabat saya. :)




Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...


Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

kata-kata pujangga :)





"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
~Pujangga~
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
~Pujangga~
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."
~Pujangga~
"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"
~kata-kata Pujangga~
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
Kata-kata Pujangga~
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
kata-kata Pujangga~
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
Kata-kata Pujangga~
"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.''
kata-kata Pujangga
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."
kata-kata Pujangga
"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
~kata-kata Pujangga
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
kata-kata Pujangga`
"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."
kata-kata Pujangga~
"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."
kata-kata Pujangga
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~
"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."
kata-kata Pujangga`
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
kata-kata Pujangga`
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
kata-kata Pujangga~
" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."
Kata-kata Pujangga:
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."
Kata-kata Pujangga:
" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
Kata-kata Pujangga:
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."
Kata-kata Pujangga:
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
Kata-kata Pujangga:
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
Kata-kata Pujangga:
"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."
Kata-kata Pujangga:
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
Kata-kata Pujangga:
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
Kata-kata Pujangga:
" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
Kata-kata Pujangga:
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
Kata-kata Pujangga:
"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
Kata-kata Pujangga:
"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
Kata-kata Pujangga:
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
Kata-kata Pujangga:
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
Kata-kata Pujangga:
"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
Kata-Kata Pujangga:
"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
Kata-kata Pujangga:
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
Kata-kata Pujangga:
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
Kata-kata Pujangga:
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
Kata-kata Pujangga:
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
Kata-kata Pujangga:
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
Kata-kata Pujangga:
"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"
Kata-kata Pujangga:
"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
Kata-kata Pujangga:
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."